Penilaian
kemahiran membaca penting kepada para guru untuk mengetahui tahap kemajuan
pelajar. Penilaian ini boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk penilaian dan
jenis pengujian. Kemahiran membaca merupakan keupayaan para pelajar untuk
membaca ayat dengan lancar serta sebutan intonasi dan jeda yang betul.
Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan
secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.
Mentaksir dan Manilai
Mentaksir dan menilai ialah dua
istilah penilaian yang sering digunakan dalam bidang pengukuran, pengujian dan
penilaian. Matlamat kedua-dua istilah itu mungkin sama, iaitu untuk menguji
pencapaian murid pada satu-satu tahap pembelajaran tetapi pelaksanaan
kedua-duanya berbeza. Pentaksiran perlu selari dengan objektif pembelajaran
pada satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan perkataan lain,
pentaksiran sentiasa disepadukan dengan kaedah mengajar dalam setiap sesi
pengajaran dan pembelajaran, dan berlaku di sepanjang pengajaran dan
pembelajaran tersebut. Oleh itu, guru perlu mahir pelbagai jenis alat
pentaksiran dan berketerampilan menggunakannya pada masa yang paling efektif.
Pentaksiran adalah suatu proses
yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut
yang diperolehi seseorang pelajar bacaan setelah mengalami proses pengajaran
dan pembelajaran. Kesahan bukti empirikal yang digunakan bagi proses penaksiran
sangat bergantung pada sejauh mana guru berupaya mengkuantifikasikan dengan
tepat kewujudan atribut atau ciri penguasaan pelajar yang digunakan sebagai
asas penaksiran Pengukuran pula merupakan suatu proses kuantifikasi dengan
memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran membaca, kewujudan ciri “penguasaan” sesuatu
kemahiran membaca yang diajarkan oleh guru pada pelajar dikuantifikasikan
dengan memberi skor ujian yang boleh digunakn untuk mentafsir matlamat dan
objektif pembelajaran bacaan.
PENTAKSIRAN FORMAL
- Pentaksiran formal biasanya dilakukan secara bertulis seperti ujian, kuiz dan esei. Hasilnya murid akan diberikan markah dan gred. Pengurusan pentaksiran jenis ini lebih sistematik.
- Matlamatnya adalah untuk menilai kemajuan murid dalam satu-satu jangka masa pengajaran.
- Contohnya, Cikgu A bercadang menilai perkembangan muridnya dalam menjawab soalan pemikiran aras tinggi setelah 6 minggu pengajaran. Untuk tujuan tersebut, beliau memilih sebuah teks komsas yang dimiliki muridnya dan mengarahkan murinya membaca teks tersebut dari muka surat 1 hingga muka surat 50. Kemudian, murid tersebut dikehendaki menjawab 5 soalan aras aplikasi hingga aras menilai mengikut taksonomi Bloom dalam masa 1 jam. Keputusan pentaksiran ini penting kerana guru, ibu bapa dan pentadbir ingin mendapat maklumat tentang perkembangan murid dalam pembelajaran membaca.
- Pentaksiran jenis ini digolongkan dalam Ujian Rujukan Norma.
PENTAKSIRAN TAK FORMAL
- Setiap pentaksiran perlu direkodkan. Rekod ini penting untuk memantau perkembangan prestasi murid. Terdapat pelbagai cara yang digunakan oleh guru untuk membuat rekod pentaksiran ini. Semua kaedah merekod tersebut boleh digunakan asalkan perkembangan murid itu mudah ditafsir dan dibuat tindakan susulan, jika perlu.
- PBS memperkenalkan kaedah merekod yang lebih sistematik. Dalam rekod prestasi PBS guru dikehendaki mencatat perkembangan murid mengikut band, deskriptor dan evidens. Band dan deskriptor sudah disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), seperti yang tercatat dalam Dokumen Standard Prestasi setiap tingkatan.
- Dalam proses merekod guru hanya perlu mencatatkan jenis evidens yang digunakan untuk mentaksir prestasi murid kerana evidens mungkin lebih daripada satu jenis. Di samping jenis evidens tersebut, guru juga dikehendaki mencatatkan kaedah penyimpanan evidens yang sistematik sepertiu direkodkan dalam kad kemajuan, disimpan oleh guru atau dipulangkan kepada murid. Hal ini penting untuk rujukan dan semakan guru serta orang lain apabila diperlukan.
Antara
ciri-ciri penilaian kemahiran membaca ialah:
Ø Penilaian
menjelaskan kemajuan pembelajaran seseorang murid.
Ø Penilaian
adalah proses yang berterusan. Oleh itu, bukti kemajuan murid secara berterusan
perlu ada.
Ø Penilaian
menghendaki sampel kerja pelajar yang mencukupi, bukan setakat prestasi dan
pengetahuan di peringkat pembelajaran dan pasca pembelajaran.
Ø Teknik
penilaian seharusnya memberi peluang kepada murid merasai dirinya terlibat
dalam sesuatu perubahan tingkah laku yang diharapkan tercapai, yang akan
menunjukkan kemajuannya.
Ø Penilaian
dengan sendirinya merupakan situasi pembelajaran. Pelajar harus melihat dirinya
mempelajari sesuatu yang baru dan sentiasa maju ke hadapan.
Ø Penilaian
adalah terbuka dan tiada batasan. Pelajar harus merasai yang dia sentiasa
bergerak ke hadapan dan tidak menganggap sesuatu yang dilakukannya itu
berakhir.
Oleh
itu, penilaian kemahiran membaca haruslah berasaskan pemahaman terhadap
penilaian seperti di atas. Penilaian juga harus dianggap sebahagian daripada
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Ahli-ahli
psikolinguistik mengkategorikan matlamat membaca dalam tiga kategori yang utama
untuk tujuan penilaian:
a) Matlamat
persepsi
-Dalam penilaian, pelajar harus
prihatin terhadap kebolehubahan dan boleh menyesuaikan kadar membaca dan peka
terhadap ketepatan sesuatu konsep perkataan.
b)
Matlamat kognitif
-
Untuk mencapai matlamat ini dalam penilaian, keprihatinan harus ditumpukan
terhadap jenis aras pemikiran yang
digunakan semasa membaca.
c)
Matlamat afektif
-
Penilaian harus prihatin terhadap menimbulkan perasaan dan sikap murid
terhadap bahasa yang dibaca.
Proses
penilaian atau pentaksiran membaca dibahagikan kepada tiga iaitu:
i)
Mengenal pasti idea keseluruhan.
a) Mesej
utama yang disampaikan penulis
b) Mengesan
pandangan, pendapat dan emosi penulis.
c) Kenal
pasti prinsip penulisan
-
Pengelasan mengikut kronologi
-
Pengelasan mengikut kierarki
-
Pengelasan mengikut ciri-ciri
ii)
Mengenal idea utama dan sokongan
a) Idea
utama
-
Satu atau lebih idea utama
-
Satu idea utama dalam satu perenggan
b) Sokongan
-
Huraian atau keterangan yang menyokong
idea utama
iii)
Membuat ramalan dan kesimpulan
a) Dibuat
sesudah pembaca mengesan isi tersirat
b) Mesti
baca dan teliti seluruh teks
c) Tidak
semestinya disokong dengan contoh dan keterangan
d) Lahir
daripada resolusi dan kefahaman pembaca
Secara
kesimpulannya, penilaian atau pentaksiran kemahiran membaca dianggap sebagai
salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan amat penting bag tujuan
mengesan tahap kemajuan atau pencapaian kemahiran membaca bagi setiap pelajar.
Manfaat Pentaksiran kepada Guru
Amalan
pentaksiran yang berlaku serentak dengan pengajaran dan pembelajaran dapat
memberikan maklumat yang berguna kepada guru bagi menentukan pencapaian sesuatu
objektif pelajaran. Ia dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti soal
jawab, latihan, soalan lisan, soalan bertulis, interaksi, temu bual, reaksi
pelajar, penyelesaian masalah, pembentukan soalan pelajar dan sebagainya.
Semasa sesi pengajaran di dalam
bilik darjah berlangsung, guru mentaksir adakah pengajarannya telah difahami
dan dikuasai oleh pelajar. Adakah
objektif dan sasaran pembelajaran telah tercapai? Jika tidak mungkin objektif
dan skop pengajaran itu terlalu luas atau melebihi tahap penguasaan pelajar.
Maka, guru berpeluang untuk mengkaji semula perancangan pengajaran membaca agar
lebih berkesan kepada pelajar.
Perancangan
itu termasuklah memilih kaedah pengajaran yang sesuai dan berkesan, menetapkan
objektif pengajaran yang lebih khusus dan penggunaan bahan bantu mengajar yang
boleh memudahkan penguasaan pelajar di samping dapat menarik minat. Aktiviti
pentaksiran membaca di dalam bilik darjah adalah meliputi proses mengukur,
menilai dan membuat pertimbangan tentang kebolehan, kemahiran dan kefahaman
pelajar berdasarkan objektif dan matlamat pembelajaran yang telah ditetapkan
oleh guru. Dalam masa yang sama guru berpeluang untuk memperbaiki aktiviti
pengajarannya di dalam bilik darjah. Aktiviti yang sama berulang dalam pelbagai
pendekatan membentuk kitaran pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran yang
berterusan dalam memastikan objektif ataupun sasaran pembelajaran tercapai.
Rujukan
Tamam Timbang, Zamri Mahamod dan Afendi Hamat
(2011). Faktor dan kesan masalah membaca dalam kalangan muris sekolah rendah
kerajaan di Brunei Darussalam. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu. 1(5),
89-107.