Kecacatan yang ringan terhadap deria tidak akan
mendatangkan kesan negatif terhadap kebolehan membaca, tetapi kecacatan yang
berat boleh menyebabkan tidak berkeupayaan membaca. Antara kecacatan fizikal
yang amat mempengaruhi keupayaan membaca ialah:
Penglihatan
1. Juling – menggunakan (fokus) kedua-dua biji mata ke
arah yang sama. Ini akan mengakibatkan imej bagi satu benda yang sama kelihatan
tidak sama saiz dan bentuknya.
2. Rabun dekat – (myopia) tidak dapat melihat pada
jarak yang jauh.
3. Rabun jauh – tidak dapat melihat bagi jarak yang dekat.
4. Astigmatism- penglihatan yang kabur diakibatkan
kurang fokus cahaya pada salah satu atau kedua-dua
hujung retina.
5. Amblyopiks – satu keadaan imej daripada salah
satu biji mata tidak sampai ke otak.
Kesemua simton ini akan menyebabkan masalah kepada
seseorang kanak-kanak untuk menggunakan penglihatan pada peringkat awal daldm kemahiran
membaca iaitu mencerap imej huruf yang dipaparkan pada permukaan bertulis. Jika pada peringkat awal ini
sukar dilakukan, maka kanak-kanak akan menghadapi masalah untuk meneruskan proses membaca pada peringkat
seterusnya iaitu peringkat mendekod.
Persepsi Penglihatan
– pelajar yang mempunyai persepsi penglihatan yang bercelaru akan menyebabkan kesukaran untuk membaca. Sebahagian daripada simptomnya ialah:
Persepsi Penglihatan
– pelajar yang mempunyai persepsi penglihatan yang bercelaru akan menyebabkan kesukaran untuk membaca. Sebahagian daripada simptomnya ialah:
1. Perkataan kelihatan seolah-olah satu percampuran
huruf yang tidak bermakna, seperti musik menjadi
msuki.
2. Huruf atau perkataan menjadi terbalik – seperti
contoh b menjadi d, atau perkataan bas menjadi das.
3. Jika jenis percetakan atau saiz huruf bertukar,
pelajar tidak dapat mengenal pasti huruf yang sebenar.
4. Satu perkataan kelihatan seperti imej cermin.
5. Pelajar yang tidak dapat membezakan suku kata.
Kesemua masalah penglihatan ini perlu diketahui
perbezaannya agar kanak-kanak yang bermasalah dapat diberikan rawatan yang betul. Kebanyakan masalah
tidak berkeupayaan membaca dapat diselesaikan dengan memperbetulkan aspek penglihatan kerana inilah
kebanyakan punca tidak berkeupayaan membaca bermula.
Pendengaran (Auditori)
- Pelajar yang mempunyai masalah pendengaran yang teruk akan menghadapi masalah untuk belajar membaca.
- Pelajar yang mempunyai masalah pendengaran yang ringan boleh dibantu dengan teknik yang dapat meningkatkan perbendaharaan kata. Mereka yang mempunyai masalah pendengaran juga akan menghadapi masalah untuk membezakan bunyi vokal dan konsonan. Contohnya kanak-kanak ini tidak dapat membezakan antara vokal a dengan vokal e, u dengan o, i dengan e.
- Kerencatan pendengaran juga terdapat dalam dua kategori, iaitu kerencatan sementara dan kerencatan kekal. Kerncatan sementara boleh dirawat dengan mendapatkan rawatan dokotr perubatan biasa seperti pembersihan lubang telinga atau mengambil antibiotik, tetapi kerencatan yang kekal perlu kepada rawatan pakar, sama ada rawatan jangka panjang atau memerlukan pembedahan.
- Guru pemulihan tidak dapat melakukan kedua-dua jenis rawatan ini. Hanya doktor perubatan dan pakar Telinga, Hidung dan Tekak (Ear, Nose and Throat –ENT) sahaja yang boleh melakukannya.
Pertuturan
- Punca masalah pertuturan (seperti kecelaruan bunyi suara, nada yang tidak menentu, pertuturan spastik, dan
- sebagainya) ialah masalah emosi, kelewatan pertumbuhan, kurang pendengaran, pertumbuhan kerongkong
- yang tidak lengkap, sumbing, dan kecederaan otak atau sebahagian daripada otak. Namun demikian tidak
- semua punca masalah pertuturan ini boleh mengakibatkan masalah tidak berkeupayaan membaca. Jika ada pun kesannya ialah kesan tidak langsung, iaitu kesan psikologikal.
Faktor Neurologikal
- Neurologi ialah kajian yang berkait sistem saraf iaitu sistem saraf manusia termasuklah sistem dalam otak, tulang belakang, urat, ganglia (tisu urat yang pelbagai), dan bahagian organ reseptor.
- Sebahagian daripada bahagian neurologi ini boleh memberikan kesan terhadap kebolehan membaca. Faktor neurologi berkait dengan masalah kesihatan yang diakibatkan jangkitan kuman atau prakelahiran.
Kerosakan Otak
- Kerosakan otak boleh diakibatkan oleh kecederaan, penyakit, atau kesan bahan toksit yang mencemar otak atau bahagian otak. Kecederaan otak juga boleh terjadi sejak dilahirkan (pre-natal neurological disorder). Ini semua akan menyebabkan lesion atau perubahan yang luar biasa terhadap bentuk.
- Biasanya pengesanan terhadap kecederaan otak ini boleh dilakukan menerusi electroencephalogram (EEC), tetapi tidak semua keputusan ujian EEC bertepatan walaupun disertakan dengan kajian sejarah kelahiran.
Neurologi Tidak Berfungsi
- Bahagian otak yang tidak berkembang sepenuhnya atau bahagian otak yang tertutup sebahagiannya sejak
- dilahirkan. Buta perkataan bagi orang dewasa boleh juga diakibatkan oleh serangan sakit jantung.
- Hyperlexia – seseorang yang lambat perkembangan bahasa dan akal. Simpton ini juga boleh mneyebabkan
- masalah tidak berkeupayaan membaca dan pembelajaran yang serius.
Faktor Keturunan
- Ada kajian yang mengatakan keturunan kuat mempengaruhi kemampuan untuk belajar. Contoh kanak-kanak kembar, kembar seiras dan kembar seibu (identical and fraternal twin), menunjukkan kemampuan yang berbeza dalam pencapaian. Kembar seiras lebih rapat hubungannya dalam pencapaian daripada kembar seibu.
- Begitu juga kajian yang mengaitkan pencapaian pelajar membaca dengan latar belakang keluarga membuktikan anak yang berasal daripada keluarga yang tidak tahu membaca lebih lemah dalam pencapaian membaca berbanding anak yang berasal daripada keluarga yang tahu membaca.
- Namun demikian pengaruh persekitaran juga amat penting untuk melihat pencapaian kanak-kanak.
- Oleh itu beberapa perkara yang penting dalam keluarga ialah bagaimana ahli keluarga menyediakan
- persekitaran membaca yang banyak, minat ibu bapa terhadap kejayaan anak-anak dalam pelajaran, dan model bahasa yang ditunjukkan oleh ibu bapa kepada anak-anak.
Faktor Emosi
- Kerapnya bukan emosi yang mempengaruhi kejayaan membaca tetapi kegagalan dalam membaca akan mengganggu emosi seseorang pelajar. Pelajar yang gagal membaca akan mempunyai rasa rendah diri, terasing, tidak bermotivasi, kecewa, malas, gagal, dan sebagainya. Namun demikian ada juga kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi yang mengganggu pencapaian mereka dalam pelajaran umumnya dan membaca khasnya.
- Kes penderaan, kes kanak-kanak terbiar, dan kes perpecahan keluarga boleh mengakibatkan gangguan emosi kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang tertekan juga boleh menyebabkan emosi mereka terganggu.
FAKTOR LUARAN
Faktor Sosio-ekonomi
- Status sosio-ekonomi (SES) kerap menjadi salah satu pembolehubah dalam kajian yang berkaitan pencapaian pelajar untuk membaca. Kanak-kanak dari SES rendah selalunya mempunyai pencapaian yang rendah dan kanak-kanak dari SES tinggi selalu mendapat pencapaian yang tinggi juga. Keturunan kaum dan perbezaan budaya juga boleh mempengaruhi pencapaian pelajar dalam membaca.
- Walau apapun punca masalah tidak berkeupayaan membaca, satu perkara yang perlu diambil
- perhatian ialah pengesanan awal dan cadangan kepada pihak sekolah dan ibu bapa. Tindakan awal dapat diambil bagi membantu kanak-kanak ini agar mereka tidak terus tercicir dalam sistem pendidikan kita yang berasaskan umur akal, kerana jika kanak-kanak ini tidak dibantu dari awal kemungkinan untuk mereka berjaya pada tahap yang lebih tinggi adalah tipis bagi kebanyakan kes. Guru literasi Bahasa Melayu yang biasa tidak akan dapat membantu kerana mereka tidak dilatih untuk memperbetulkan banyak keadaan yang dibincangkan di atas.
- Hanya pakar perubatan, pakar psikologi, dan pakar kanak-kanak sahaja yang dapat memberikan rawatan yang sewajarnya bagi memperbetulkan kebanyakan masalah di atas. Tambahan teknik mengajar yang salah akan menyebabkan keadaan menjadi bertambah buruk dan tidak membantu langsung situasi yang dibincangkan.
Faktor Instruksional
- Kaedah, teknik dan strategi pengajaran guru amat penting bagi menetukan kejayaan pelajar mencapai objektif pembelajaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran membaca, kaedah dan teknik yang digunakan guru perlulah sesuai dengan tahap perkembangan dan keupayaan pelajar.
- Berdasarkan banyak kajian yang dilakukan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran amat mempengaruhi kejayaan dan keberkesanan pelajar menguasai sesuatu kemahiran. Faktor instrusional guru juga merupakan faktor luaran yang boleh mempengaruhi kejayaan pelajar menguasai kemahiran membaca pada pelbagai tahap yang berbeza.
Faktor Motivasi
- Motivasi dari pihak luar juga amat mempengaruhi keupayaan membaca. Kanak-kanak yang kerap digalakkan membaca dan diberi peluang untuk membaca akan lebih pantas menguasai kemahiran membaca daripada kanak-kanak yang tidak ada galakan dan tidak diberikan persekitaran membaca yang kaya.
- Galakan dan dorongan membaca yang datang dari pihak luar, seperti dari pihak sekolah dengan mengadakan pelabagi program membaca amat berkesan dalam memberikan semangat yang positif dalam kalangan pelajar bagi menguasai kemahiran membaca. Program membaca perlu dilaksanakan bagi kanak-kanak yang berbeza keupayaannya.
Faktor Genetik
- Perbezaan perkembangan otak seseorang manusia yang berkaitan dengan pembelajaran pemikiran
- kadang kala sangat dipengaruhi oleh faktor genetik. Penanda genetik untuk pembaca yang lemah telah
- dikenalpasti pada kromosom 6 dan 15 (Kibby & Hynd, 2001). Kanak-kanak bermasalah pembelajaran
- boleh berpunca daripada keturunan dan kerap berlaku dalam sesuatu keluarga. Kanak-kanak yang
- bermasalah pembelajaran begini dapat dilihat dalam keluarga yang mempunyai pola yang sama seperti
- masalah pembelajaran yang dipunyai oleh ibu bapa waktu mereka bersekolah.
MENGATASI MASALAH DALAM PEMBACAAN
Ujian Saringan dan Ujian Diagnostik
- Ujian saringan dan ujian dignostik dijalankan oleh guru pemulihan bagi mengesan apakah masalah yang dihadapi oleh seseorang dalam menguasai kemahiran membaca. Fungsi ujian saringan ialah untuk mengetahui tahap pencapaian setiap pelajar dalam kemahrian membaca.
- Sementara fungsi ujian diagnostik dalam pendidikan secara umumnya pula ialah mengenalpasti simptom psikologi, fizikal, psikososial dan persekitaran yang ditunjukkan pelajar yang berkaitan kesukaran dan masalah pembelajaran.
- Kedua-dua ujian ini merupakan satu alat pengukuran yang membolehkan guru mengesan punca dan bahagian yang merupakan kelemahan yang dihadapi oleh pelajar bagi tujuan melaksanakan program intervensi pemulihan.
Ujian saringan diadakan bagi menapis dan mengenal
pasti siapakah di antara pelajar di dalam sesuatu kohort mempunyai masalah membaca yang memerlukan
langkah pemulihan dijalankan.
Ujian ini biasanya diadakan pada awal tahun dan hasil ujian
ini pelajar yang mempunyai masalah dapat dikenalspati lebih awal pada tahun tersebut.
Ujian
ini kerap juga digunakan bagi tujuan isntruksional, iaitu memudahkan guru menyediakan bahan yang khusus
bagi membantu pelajar yang mempunyai masalah membadca, tetapi tidak memerlukan tindakan
pemulihan yang lebih khusus.
Hasil ujian saringan juga boleh digunakan untuk para guru
mengambil tindakan selanjutnya, iaitu mengesyorkan supaya pelajar yang tidak mencapai tahap tertentu
utnuk menjalani ujian seterusnya, iaitu ujian diagnostik.
Tujuan melaksanakan ujian diagnostik dalam
pendidikan bacaan ialah:
1. Membantu guru mengenalpasti secara khusus
kesulitan dan kesukaran yang dihadapi oleh pelajar bagi menguasai bahan bacaan.
2. Membantu guru mengenal pasti punca kegagalan
pelajar untuk menguasai sesuatu kemahiran membaca. Menerusi hasil ujian diagnostik, guru dapat
mengenalpasti apa punca dominan yang menyebabkan pelajar sukar untuk menerima pengajaran
guru.
3. Membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu
pelajar yang mengalami masalah membaca.
4. Membantu guru merancang satu program pengajaran
pemulihan bacaan yang khususnya berlandaskan hasil ujian yang dilaksanakan.
5. Membolehkan guru merancang dan membina program dan
bahan bantu mengajar yang bersesuaian mengikut tahap dan keperluan pelajar serta yang
bersesuaian dengan masalah yang dihadapi.
6. Mengambil langkah untuk merujuk pelajar yang
menghadapi masalah dalaman dan luaran yang lebih serius kepada pakar yang tertentu seperti
pakar pemulihan pembelajaran dan kanak-kanak berkeperluan khas pembelajaran.
Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis
(KIA2M)
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis
(KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam
Bahasa Melayu pada tahun satu. Program ini telah dilaksanakan pada bulan Mac 2006 ekoran
daripada pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 (Teras Ketiga: Memperkasa
Sekolah Kebangsaan).
Strategi
pengajaran dan pembelajaran Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)
melibatkan beberapa langkah berikut:
i. Pencalonan
– Pencalonan dilaksanakan oleh guru
kelas yang dapat meneganpasti siapakah di antara pelajar mereka yang perlu diberikan program
pemulihan khas membaca dan menulis. Biasanya guru lebih memahami ketidakupyaan pelajarnya dari
awal lagi. Namun demikian guru kelas perlu menganlpasti apakah punca masalah sehingga seseorang
kanak-kanak itu tidak dapat menguasai kemahiran yang asas dalam membaca dan menulis. ii.
Ujian Penapisan – Pada tahap ini pelajar yang telah dikenalpasti bermasalah
membaca dan menulis akan diberikan ujian penapisan, iaitu ujian
diagnostik bagi mengetahui punca dan kawasan kelemahan mereka.
iii. Perancangan
– Perancangan bagi menentukan jenis
program dan bahan yang digunakan dalam program tersebut dilakukan berdasarkan hasil dapatan
dari ujian diagnostik yang telah dijalankan. Perancangan dari segei penjadualan, tenaga pengajar,
latihan tenaga pengajar, dan bahan perlu dilakukan dengan teliti agar program pemulihan yang
dilaksanakan menghasilkan kesan yang maksimum.
iv. Instruksi
– Instruksi atau pengajaran dijalankan
berdasarkan perancangan yang telah dilakukakn. Pelajar yang bermasalah tidak berkeupyaan membaca
akan di keluarkan dari kelas biasa dan menjalani program intervensi di satu kelas yang
lain. Mereka dakan diberi perhatian berlandaskan keperluan pemulihan bacaan masing-masing.
v. Penilaian
– Setelah melaksanakan program intervensi pada satu tempoh tertentu, penilaian
akan dilakukan bagi mengenalpasti keberkesanan program
yang telah dijalankan. Ujian saringan akan dilakukan terhadap paar pelajar yang telah menjalani
program intervensi. Penilaian terhadap perkembnagan pelajar, sama ada telah berjaya
menguasai aspek kemahiran yang dikenalpasti ataupun tidak akan menjadi landasan tindakan guru
seterusnya. Palajr yang telah Berjaya melepasi ujian saringan ini akan dikeluarkan dari program
intervensi dan di masukkan ke dalam kelas biasa.
vi. Tindakan susulan
– Penilaian dan penapisan kali
kedua bukan sahaja bertujuan untuk mengetahui tahap perkembangan pelajar yang menjalani program
intervensi, tetapi juga bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan program intervensi yang
dirancang oleh guru. Pada tahap ini guru boleh menilai keberkesanan program intervensi yang
dilaksanakannya dan kesesuaiannya dengan keperluan pelajar yang menjalani program tersebut. Guru juga
boleh menyemak bahan yang digunakan bagi melakukan proses penambahbaikan. Tindakan susulan
terhadap pelajar yang telah di keluarkan dari program intervensi juga perlu dilakukan beberapa
bulan setelah itu. Ini bagi memastikan pelajar yang telah berjaya di keluarkan dari program dapat
mengadaptasikan kemahiran yang dikuasai ketika adlam program intervensi ke dalam situasi pembelajaran
pada tahap yang sebenarnya.
Kesimpulannya, program KIA2M telah
dilaksanakan untuk beberapa tahun di sekolah rendah. Program ini telah dapat membantu sebahagian besar
kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran membaca dan
menulis. Ini dapat dilihat dari trend berkurangannya jumlah pelajar yang memasuki program
KIA2M pada akhir setiap tahap persekolahan setelah menjalani program intervensi pemulihan
bacaan tersebut. Namun demikian masih terdapat sejumlah pelajar yang kurang berjaya dipulihkan
setelah menjalani program KIA2M. Dalam porgram transformasi pendidikan, pihak Kementrian Pelajaran
telah merancang program baru yang dikenali sebagai program LINUS bagi menggantikan program
KIA2M.
Program LINUS.
Literasi, Numerasi dan Saringan (LINUS)
LINUS ialah singkatan daripada perkataan Literasi,
Numerasi dan Saringan. Maksud ketiga-tiga perkataan ini dijadikan satu akronim yang membawa
maksud Program Saringan Literasi dan Numerasi. Program ini dirancang dan dibentuk sebagai
penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 menguasai
asas membaca, menulis dan mengira dan pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011 semua
pelajar yang normal (100%) yang berada di sekolah di negara ini mencapai keupayaan literasi dan numerasi.
Bagi keupayaan literasi, diharapkan hasil dari program ini ialah tiada lagi masalah pelajar yang
tidak berkeupayaan literasi setelah berada di sekolah rendah selama enam tahun dan sekolah menengah selama
lima tahun.
DEFINISI KEUPAYAAN LITERASI
Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami
perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan
komunikasi harian. Berdasarkan definisi ini, setiap pelajar normal yang berada di sekolah diharap dapat
mencapai keupayaan ini setelah menjalani program intervensi LINUS yang dilaksanakan menerusi
program ini. Antara fokus program ini ialah bagi mencapai kemahrian asas dalam literasi.
KEMAHIRAN ASAS LITERASI
Berikut ialah kemahiran asas literasi yang
diharapkan akan tercapai bagi semua pelajar yang berada di
bangku sekolah rendah:
TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima
500 patah perkataan dan ayat mudah.
TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima
800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima
1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.
Sementara itu satu Ujian saringan awal yang dijalan
bagi mengenalpasti keupayaan literasi dijalankan
di sekolah rendah. Kandungan bahan ujian ini
mengandungi 12 Konstruk iaitu:
Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf
vokal dan konsonan.
Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata
terbuka.
Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan
suku kata terbuka.
Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata
tertutup.
Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan
suku kata tertutup.
Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan
yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’.
Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan
yang mengandungi diftong
Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan
yang mengandungi vokal berganding.
Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang
mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis
perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat
mudah.
Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan
menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
Strategi Pelaksanaan Di Sekolah
Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK,
SJKC, SJKT dan SABK.
Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun
(Tahun 1, 2, 3):
Saringan 1 (Mac)
Saringan 2 (Jun)
Saringan 3 (September)
Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS
Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan
kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun.
Dikendalikan oleh guru BM/Matematik/Pemulihan.
Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI,
BC-BI, BT-BI.
Program intervensi masalah ketidakupayaan membacaSetelah
menjalankan ujian saringan Linus, pelajar yang tidak melepasi tahap keupayaan
literasi dan numerasi yang tertentu perlu menjalani program
intervensi yang dijalankan oleh pihak sekolah dengan bantuan fasilitator Linus yang dilantik oleh pihak
kementerian. Guru yang diberikan latihan khusus akan melaksanakan program ini. Program ini dirancang
berasaskan konstruk yang telah dikenalpasti bermasalah bagi pelajar yang telah mengambil ujian
sartingan Linus. Program berfokus bertujuan membantu pelajar yang bermasalah berdasarkan ujian
saringan yang dijalankan.
Program akan berfokus kepada intervensi awal
(Tahun 1 - 3) untuk literasi dan kemahiran numerasi.
Mengurangkan kadar guru pemulihan kepada 1 guru
untuk 15 murid daripada kadar sekarang yang hanya 1 guru untuk 1 sekolah.
Sokongan profesional untuk guru LINUS melalui
fasilitator berdedikasi dikenali sebagai (Fasilinus) ditempatkan di semua PPD.
Seorang Fasilinus akan mengendalikan 30 buah
sekolah.
Pengurusan dan penyeliaan didesentralisasi ke
Pejabat Pelajaran Daerah dan dipantau oleh Jemaah Nazir.
Guru terbaik kini ditempatkan pada Tahun 1 dan 2
iaitu semenjak dari Program Linus (bukan hanya di kelas peperiksaan iaitu tahun 6 sahaja).
Guru pemulihan LINUS tambahan akan ditempatkan di
sekolah untuk membantu mengatasi masalah pemulihan LINUS di sekolah.
Progam Pembetulan Membaca
Program ini dijalankan di dalam kelas biasa bagi
membantu murid-murid yang mengalami masalah membaca yang ringan.
Murid-murid begini perlu kepada perhatian yang
khusus bagi menguasai komponen asas membaca.
Bagi murid-murid normal bantuan awal dapat
diberikan bagi mereka yang mempunyai masalah ringan dalam mendekod dan menguasai kemahiran yang
asas dalam bacaan.
Progam Pemulihan Membaca
Program ini ialah bagi murid-murid yang mengalami
tidak keupayan membaca yang sederhana dan berat.
Mereka perlu menjaalani program membaca daripada
guru yang dilatih khusus dalam bidang ini.
Kelas biasanya antara lima hingga lapan orang
murid-murid yang mengalami masalah untuk menguasai kemahiran asas membaca setelah menjalani
program pembetulan membaca.
Kelas biasanya dijalankan di luar masa kelas
biasa, dan murid-murid perlu diasingkan dengan murid-muird yang lain bagi menjalani program ini.
Pengajaran dijalankan secara berkumpulan atau
sekiranya seseorang murid mempunyai masalah yang khusus, maka tumpuan bagi kanak-kanak tersebut
dapat diberikan oleh guru pemulihan.
Semakin awal murid berkeperluan khas ini dapat
dikesan, semakin besar kemungkinan untuk mereka dapat dibantu dengan berkesan.
Program Membaca Klinikal
Program ini dirancangkan bagi seseorang individu
murid yang mempunyai masalah tidak berkeupayaan membaca yang berat.
Murid tersebut perlu kepada bantuan khusus oleh
seorang pakar klinikal dalam bidang bacaan agar murid ini memperoleh kaedah tertentu untuk
membolehkannya menguasai kemahiran asas membaca.
Kadang kala murid ini memerlukan pemulihan fizikal
atau terapi yang khusus bagi membantunya menguasai kemahiran membaca dan belajar seperti
murid-murid yang lain
No comments:
Post a Comment