Proses membaca
mempunyai perkaitan yang rapat dengan proses penglihatan di mana lambang,
simbol atau tulisan yang dilihat akan ditukarkan kepada persembahan minda yang
bermakna. Proses kefahaman membaca pula melibatkan peranan hubungan mata dengan
otak yang membantu pembaca untuk memahami bahan bacaan tersebut.
Peranan
mata:
i.
Melihat simbol, lambang dan tulisan pada
bahan bacaan.
ii.
Menukarkan bahan bertulis kepada isyarat
dan seterusnya kepada maklumat dengan cara menghantar isyarat tersebut ke otak
bagi membentuk makna atau kefahaman.
i.
Maklumat yang diterima akan dinilai dan
ditaksir.
ii.
Maklumat yang diproses memerlukan tempoh
masa yang tertentu bergantung pada jumlah maklumat yang diinginkan.
iii.
Otak membuat pilihan terhadap maklumat
yang diterima.
Matlamat
belajar membaca pada peringkat awal:
i.
Memahami bahawa membaca adalah satu
proses membuat makna.
v
Memperoleh atau mengekalkan skemata
untuk bacaan berdasarkan jangkaan bahawa teks yang dibaca memberikan kesan
kepada pembaca.
v
Pembacaan, penulisan dan pencetakan yang
dilakukan oleh golongan dewasa terhadap sesuatu yang menarik perhatian mereka
menerangkan kepada kanak-kanak bahawa pembacaan ialah pembinaan makna daripada
sumber cetakan dan bacaan memberikan keseronokan dan maklumat kepada mereka.
ii.
Untuk melihat pemerolehan perbendaharaan
kata.
v
Melihat
pengambilalihan permulaan perbendaharaan kata penglihatan di mana
perbendaharaan kata penglihatan ialah perkataan bercetak yang diiktiraf serta
merta (tanpa analisis) dalam pelbagai konteks.
v
Satu
perbendaharaan kata penglihatan membangun dalam tempoh masa tertentu akibat
daripada pelbagai pendedahan kepada perkataan yang dicetak dalam konteks bahasa
yang berbeza.
v
Perbendaharaan
kata kanak-kanak berkembang secara semula jadi iaitu apabila mereka mendengar
atau didedahkan dengan satu-satu perkataan secara berulang-ulang.
v
Menurut
Goodman (1988), “The justification for creating contrived stories with
highly controlled vocabulary was that the story is a vehicle for teaching words
that will eventually be used in reading more realistic, meaningful texts
(Goodman et al., 1988)”. Secara justifikasinya, jalan cerita yang
sistematik wujud melalui perbendaharaan kata yang tersusun. Hal ini disebabkan
penggunaan perbendaharaan kata yang tersusun menjadi panduan kepada kanak-kanak
untuk membaca dengan realistik dan memahami makna cerita yang dibaca.
iii.
Menyeimbangkan penggunaan sistem
pemberian isyarat dalam bahasa bertulis bagi mengenal pasti kata-kata sampingan
yang tidak dikenali.
Proses membaca
dibahagikan kepada dua proses membaca utama, iaitu:
1. Proses
pengecaman
Ø
Proses pengecaman melibatkan proses
pengecaman kata yang berlaku di dalam otak.
Ø
Pengecaman dijalankan berdasarkan kepada
kaedah fonetik yang melibatkan penaksiran bunyi yang dibuat oleh satu huruf
tertentu atau gabungan huruf.
Ø
Cara pengecaman keseluruhan melibatkan
pengecaman secara keseluruhan.
2.
Proses
pemahaman
Ø
Proses
yang berjalan selepas proses pengecaman bagi memahami makna melalui pengalaman
yang diperoleh.
Ø
Proses
pembacaan serangkap ayat, frasa dan perkataan melibatkan pengaktifan daya
ingatan yang membenarkan pembaca untuk memahami makna melalui pencarian makna
atau semantic priming di mana makna
perkataan akan disimpan di seluruh otak dalam satu rangkaian.
Ø
Setiap
kata mempunyai model minda tersendiri dan kekerapan individu membaca membantu
meningkatkan jumlah model mindanya.
Ø
Penemuan
perkara baru semasa proses pembacaan akan menyebabkan pembaca bertindak membina
model mental berkait dengan perkataan tersebut dengan bantuan model-model yang
sedia ada atau skemata pembaca yang sedia ada wujud dalam ingatan pembaca.
Teknik membaca dalam belajar
membaca:
Teknik membaca
terbahagi kepada dua iaitu membaca pantas dan membaca kritis di mana membaca
pantas memerlukan seseorang untuk menggunakan teknik skimming dan scanning
manakala membaca kritis memerlukan seseorang menggunakan teknik KWLH dan SQ3R.
Teknik
membaca pantas:
Teknik
skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan
bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih
panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Teknik skimming memperlihatkan
mengenai pembacaan sesuatu petikan yang memerlukan pembaca untuk memberikan
perhatian kepada idea penting yang terdapat pada setiap perenggan bagi
mendapatkan gambaran umum dengan mengabaikan idea-idea khusus. Bagi pembacaan
buku pula, perhatian hanya diberikan kepada bahagian tertentu sahaja yang
terdapat di dalam buku seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama,
rumusan pada bab akhir dan rujukan indeks bagi mendapatkan gambaran umum
tentang perkara yang dibaca.
Scanning pula merupakan
pembacaan secara cepat bagi mendapatkan maklumat yang khusus dan bukannya bagi
mendapatkan gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan di mana pembacaan melalui
cara ini boleh melangkaui bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang
penting. Ketika pembacaan dijalankan, mata akan digerakkan dari atas ke bawah
dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil tumpuan diberikan
kepada maklumat yang dicari. Namun begitu, bagi konteks pembelajaran kedua-dua
teknik ini digunakan bersama di mana skimming digunakan bagi menentukan
kesesuaian bahan bacaan dan scanning digunakan bagi mendapatkan maklumat khusus
yang dicari.
Teknik membaca dengan kritis:
1.
Teknik KWLH:
Know- apa yang diketahui.
What- apa yang ingin diketahui.
Learned- apa yang telah diketahui
How- bagaimana cara hendak mendapatkan maklumat tambahan bagi pembacaan
datang
KWLH ialah satu teknik membaca kritis yang membolehkan
pembaca:
Ø Mengingat
dahulu apa yang telah diketahui
Ø Membayang
atau menentukan apa yang ingin diketahui
Ø Melakukan pembacaan (bahan yang
telah dipilih)
Ø Mengetahui
apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan
Ø Menentukan
apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)
Ø Mengaitkan
pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca
Ø Menentukan
apa yang telah diperoleh dari pembacaannya
Ø Menentukan
apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan
2.
Teknik SQ3R:
SQ3R ialah
teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia
merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian
maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu
diselesaikan.
SQ3R adalah
singkatan bagi:
S
(survey) - tinjau
Q
(question) - soal/tanya
R
(read) - baca
R
(recite) - imbas kembali atau
nyatakan secara lisan
R
(review) - baca semula
v Survey
(tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang
apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti
tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik,
membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku
atau teks. Di sini juga pelajar
sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.
v Question
(soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri
soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan
keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca
tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi
garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada
soalan-soalan tersebut.
v Read (baca)
ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara
aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah
disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan
menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan
keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoalkan
pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.
v Recite
(imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga. Setelah selesai membaca, pelajar
cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah
diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya.
Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya
tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca.
v Review (baca
semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku
atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang
dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang
tertinggal.
Kemahiran membaca yang betul penting dalam
meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan di mana terdapat beberapa teknik
yang membantu meningkatkan kemahiran membaca seperti:
1. Membaca
secara BERHATI-HATI
Ø Beri tumpuan
terhadap apa yang dibaca
Ø Cuba fahami
fakta-fakta penting sepenuhnya
Ø Elakkan
gangguan radio dan televisyen
2. Membaca
secara MENYELURUH
Ø Bacaan
hendaklah menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat terakhir
Ø Jangan
anggap bahagian pengenalan kurang penting
Ø Bahagian pengenalan
memberi gambaran tentang isi kandungan bab.
3. Membaca
secara BERULANG-ULANG
Ø Bacaan berulang membantu mengingat fakta dengan
lebih baik
Ø Isi-isi juga
dapat difahami secara mendalam
Ø Ini dapat
mengelakkan daripada tertinggal membaca fakta penting.
4. Membaca
dalam SUASANA yang SELESA
Ø Lampu
hendaklah dipasang dengan terang.
Ø Suasana
tempat membaca hendaklah sunyi dan senyap.
Ø Udara
sekitar mestilah mencukupi
Ø Suhu bilik
sederhana. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Jika perlu pasang
kipas.
5. Berasa dalam
KEADAAN selesa
Ø Duduk dengan
betul
Ø Pastikan tidak demam, pening, selesema
dan sebagainya.
Ø Jangan
berbaring ketika membaca. seseorang itu mungkin tertidur atau mengantuk.
6. Baca secara
PERPERINGKAT
Ø Peringkat
permulaan : baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhan.
Ø Peringkat
seterusnya : membaca isi untuk mendapatkan maklumat (pada peringkat ini teknik
mengingat dan menulis nota digunakan).
7. Cuba BENTUK
SOALAN ketika membaca
Ø Gunakan
kaedah 1 husband 6 wives.
Ø Dengan
membentuk soalan, seseorang akan lebih ingat isi yang dibaca.
8. CATATKAN isi
yang dibaca
Ø Dengan
mencatat, seseorang pelajar dapat menggunakan tiga kaedah sekali gus: membaca,
mencatat, mengingat.
Ø Ketika
mencatat pelajar akan berfikir “Apakah yang perlu dicatat?” Ingatan pelajar
menjadi lebih tajam.
9. Gunakan BAHAN PEMBELAJARAN LAIN ketika membaca
Ø Pastikan
pen, highlighter, kamus, penanda buku ada di sisi.
Ø Tandakan
isi-isi penting dengan highlighter.
Ø Gunakan
kamus untuk mencari perbendaharaan kata yang sukar.
Ø Gunakan
penanda buku untuk merujuk semula sesuatu bahagian.
Ø Gunakan pen
untuk menulis isi-isi penting.
No comments:
Post a Comment