Wednesday, 30 April 2014

TEORI MEMBACA


Teori kecekapan verbal
Perfetti(1985, 1988) memperkenalkan teori yang penting dalam kemahiran membaca iaitu teori kecekapan verbal yang menekankan kemahiran membaca dengan meluaskan melangkaui proses mentafsir kod. Selain daripada ciri automatik dalam menguasai bahasa, aspek lain yang berkaitan dengannya adalah resolusi anafora, membuat kenyataan atau cadangan secara bersepadu, aktiviti yang berkaitan dengan ingatan dan strategi meta kognitif yang digunakan. Berdasarkan teori ini setiap pembaca mempunyai profil sendiri bagi tujuan menguasai kecekapan verbal. Seseorang pembaca akan bertambah efisien dalam kecekapan verbal, bermakna lebih banyak perhatian dan sumber rujukan. Selain daripada itu juga, teori ini berdasarkan kapasiti tanggapan bagi sesuatu pemerhatian yang merujuk kepada perhatian dan sumber ingatan yang terhad dalam diri pembaca (Benjafield,1997). Teori ini juga membincangkan sejauh mana sesuatu kod komponen berhubung dengan pemahaman. Pembaca yang cekap selalunya lebih mudah lupa perkara yang sudah dibacanya. Bagi pembaca yang tidak cekap dalam membaca juga adalah disebabkan oleh skemata yang terhad. Bagi pembaca yang kurang pengetahuan apabila berkaitan dengan teks yang dibaca juga akan menyukarkan pembaca memahami kandungan teks.

Teori memindahkan maklumat
Teori yang berasaskan pandangan La Berge dan Samuel (1985) dan Gough (1985) ini dipengaruhi oleh psikologi kognitif dan bertanggungjawab secara meluas menyatakan aktiviti membaca adalah proses memindahkan maklumat. Mereka mengandaikan membaca sebagai proses mengenali huruf demi huruf dan perkataan demi perkataan. Mereka juga percaya pembaca berinteraksi dengan teks dengan tujuan mendapatkan makna daripada muka surat yang dibaca kepada pemikirannya. Bagi melakukannya, pembaca memerlukan kemahiran khusus yang membolehkan mereka melakukan proses pemindahan maklumat tersebut. Beberapa aspek utama dapat dikenal pasti dalam fasa proses pembelajaran. Di antaranya ialah kesediaan, motivasi, pengamatan, ingatan dan lupaan serta pemindahan. Teori ini menumpukan kepada bagaimana pelajar memproses maklumat. Maklumat yang baru disimpan dalam ingatan jangka pendek. Kemudian diproses sebelum disimpan ke ingatan jangka panjang. Kombinasi pengetahuan (maklumat yang diproses) & kemahiran di ingatan jangka panjang akan membina strategi-strategi kognitif atau kemahiran yang berkaitan dengan tugas-tugas yang kompleks.

Teori membaca secara automatik
La Berger dan Samuel (1974) mengatakan teori membaca adalah secara automatik. Teori ini menganggap wujudnya perkembangan dalam penguasaan kemahiran membaca secara automatik. Di samping itu, cara ini juga menganggap wujudnya perbezaan antara proses bersifat automatik dan proses kawalan membaca. Sub komponen dalam kemahiran membaca seperti mengecam huruf dan seterusnya mengecam perkataan dikuasai secara automatik melalui latihan. Oleh itu, sumber-sumber ini diperlukan bagi membantu menguasai kemahiran asas membaca. Bukan itu sahaja, ia juga mengamalkan hubungan yang positif dijalankan antara kemahiran pemahaman membaca teks secara automatik berupaya mengawal teks serta mempunyai lebih faham. Oleh itu, ketika membaca pembaca perlulah menekankan pengawalan eksekutif supaya dapat membantu pembaca memahami teks dengan lebih berkesan.





No comments:

Post a Comment